KISAHKU
EPISOD 4
Zana mengamati keadaan sekeliling. Suasana di sekelilingnya sungguh asing. Dia sendiri tidak pasti di mana dia berada.
“Puteri Zana, saya akan selamatkan awak,” jerit seorang putera yang tampan. Dia mengamati muka putera itu.
“Puteri Zana? Nama aku bukan puteri, nama aku Nur Aliya Farzana. Dari mana datangnya puteri? Aku dekat mana ni? Putera tu muka dia macam Izat saja,” pelbagai soalan mula menujah fikiran Zana.
“Puteri Zana adalah milik aku, kau tak akan dapat mengambilnya dari aku,” suara ketawa dengan lantang. Terkejut Zana dibuatnya.
“Faz! Apa kau buat kat sini?” tanya Zana.
“Siapa Faz? Aku Putera Fazli, bakal raja kerajaan Indera Putra dan kau puteri yang manis, bakal isteriku,” ketawa Faz pecah lagi.
“Woi! Kau gila ke? Kita mana boleh kahwin,” jerit Zana.
“Kenapa pula tak boleh kahwin? Kau bukannya milik Putera Izat, kau milik aku,” ketawa Faz semakin kuat. Bulu roma Zana terus meremang.
“Puteri Zana, saya akan selamatkan awak,” jerit Izat. Tiba-tiba, tanah ditempat dia berdiri merekah. Dia tidak dapat menahan diri dari jatuh ke dalam lubang yang dalam.
“Puteri Zana!” jeritan Izat masih kedengaran. Akhirnya, dia melayang ke dalam lubang yang tidak berpenghujung.
“Aduh! Sakitnya kepala aku,” kata Zana sambil memegang kepalanya yang berdenyut. Dia melihat ke arah jam. Pukul 12.30 tengah malam, detik hati Zana.
“Mimpi buruk betul, macam manalah aku boleh mimpi macam ni? Dah tu jatuh katil pula tu,” keluh Zana. Dia terus bangun dan duduk di atas katilnya.
“Kenapalah aku mimpi macam ni?” Zana sendiri tertanya-tanya. Tiba-tiba telefonnya berdering lagu I Lay My Love On You nyayian Westlife. Tertera nombor telefon yang Zana tidak kenali.
“Assalamualaikum, siapa ni?”
“Waalaikumussalam, sayang dah tak ingat sayang ke?”
“Muhammad Fazli, right?” teka Zana.
“Cleaver girl. Sweetheart saya sihat?” berderai ketawa mereka berdua.
“Tadi sayang, ni sweetheart pula,”
“Salah ke?”
“Tak salah tapi peliklah. Faz! I miss you a lot. Bila kau nak balik sini?” tanya Zana. Faz diam sebentar, sengaja membuat Zana risau.
“Faz, kau dengar tak?”
“Dengarlah, sayang dah balik dah, esok jumpa dekat sekolah tau,” kata Faz dengan penuh yakin.
“Ya ke? Bila sampai?” suara Zana jelas menunjukan yang dia begitu teruja.
“Relaks first, okay,”
“Okay,”
“Sebenarnya tadi, ayah dah nak telefon tapi sayang saja yang tak bagi,”
“Kenapa tak bagi, Faz dah tak nak jumpa Zana ke? Kejam betul,” Zana seperti merajuk.
“Faz tak bagi sebab Faz ada reason,”
“Apa sebabnya?” tanya Zana laju.
“Sebabnya Faz nak buat kejutan untuk Zana, saja nak tengok reaksi Zana, Zana tak marahkan?”
“Tak adalah, tapi satu saja Zana nak tahu,”
“Zana nak tahu apa?” tanya Faz
“Kenapa tukar nombor telefon lagi?”
“Biasalah budak kacak, ramai peminat, asyik kena kacau saja,” gurau Faz.
“Penipu besar!” kata Zana.
“Orang tak tipulah, orang cakap betul ni. Faz pernah tipu Zana ke?”
“Pernah, banyak kali. Nak suruh Zana list out ke?”
“Tak payahlah, Faz gurau-gurau saja,” kedengaran Faz menguap. Agaknya penat sangat agaknya, detik hati Zana.
“Faz mengantuk ke? Kalau dah mengantuk Faz tidur dululah, jumpa dekat sekolah esok, okay,”
“Okay, sweetheart, no problem. Sayang pun dah mengantuk sangat ni. Good night. Mimpikan sayang tau,” Zana mengaru kepalanya. Macam tahu saja aku baru mimpikan dia, dah mimpi yang bukan-bukan pula tu, detik hati Zana lagi.
“Tak ingin pun, okaylah, selamat malam, Faz,” kata Zana.
“Assalamualaikum,”
“Waalakumussalam,” Zana mematikan talian. Dia terlonjak-lonjak kegembiraan. Akhirnya, dia akan berjumpa dengan orang yang benar-benar dirinduinya.
“Tak sabar nak tunggu esok,” kata Zana sebelum terlena di pembaringannya.
**************************************
“Nia! aku ada good news, cuba kau teka,” Nia memikirkan berita baik itu seketika. Setelah difikirkan, dia mendapat idea nakal.
“Aku tahu, Izat nak melamar kau kan,” kata Nia dengan lantangnya. Zana segera menutup mulut Nia, takut ada yang terdengar.
“Hish! Kau ni merepek, macam mana kau boleh fikir macam tu, nasib baik tak ada orang, kalau ada macam mana, nanti heboh gosip aku dengan Izat bercinta pula,” Zana mengomel.
“Pada aku itu berita baik,” kata Nia.
“Kau tak suka ke kalau Izat lamar kau?” tanya Nia pula.
“Bukan tak suka, masa tak sesuai,” jawab Zana perlahan.
“Apa kau cakap?”
“Tak ada apa-apa, berbalik pada hal tadi, the good news is Faz is already back here,” kata Zana dengan penuh gembira.
“Really? Are you sure?” tanya Nia yang seakan-akan tidak percaya. Zana hanya mengangguk.
“Seronoklah kau boyfriend kau yang selalu backup kau dah balik,”
“Of course, tak kan aku tak gembira, teman sehidup semati tu,”
“Bila dia sampai?”
“Semalam, katanya hari ni dia masuk sekolah, tak sabar rasanya nak jumpa dia, dah setahun dah tak jumpa,”
“Aku pun tak sabar nak buli dia, nak takutkan dia dengan cerita hantu aku,” kata Nia sambil tertawa kecil.
“Dengki, niat buruk betul, tak baik tau,” nasihat Zana.
“Yalah, Mrs. Izat,”
“What!” Nia membuka langkah seribu, dia tahu Zana sudah naik angin.
“Zana, aku bergurau saja, lagipun kau pun suka dia kan?”
“Gurau tak bergurau, cara kau bergurau ni dah melapau tahu tak, kalau ada Faz boleh dia join belasah kau sekali,” kata Zana.
“Zana, aku janji tak buat lagi,” kata Nia. Mereka berlari-lari anak. Izat hanya tersenyum, gurauan itu telah didengarinya, hatinya berbunga riang. Tetapi hatinya tertanya-tanya "Siapa Faz?".
Friday, June 18, 2010
Episod 4 - Bahagian 1
Posted by Azma at 11:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment