KISAHKU
EPISOD 2
“Adi, kita ni kan kawan, kalau ada masalah ceritalah, jangan pendam seorang diri saja,” pujuk Zana.
“Betul tu, ceritalah. Mana tahu aku dengan Zana boleh tolong,” tambah Nia pula. Adi memandang ke arah Nia. Kemudian, pandangannya beralih ke arah Zana.
“Masalah aku tak serius sangat, cuma aku baru bergaduh dengan budak lelaki tadi,” hampir ternganga mulut Zana dan Nia, seperti tidak percaya dengan apa yang
dikatakan oleh Adi.
“Kau kata itu masalah kecil, ini masalah besar kau tahu tak, mana tahu kalau kau kena blacklist dengan budak lelaki, siapa yang kena tempiasnya, aku dengan Zana juga, melepaskan aku nak dapat boyfriend yang kacak lagi ganteng,” kata Nia. Ayat merapu sudah mula keluar dari mulutnya. Zana segera memukul dengan Nia. Nia mengaduh.
“Nia, kau merepak apa ni, tak cukup Zul seorang saja ke?” kata Zana. Nia hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Tiba-tiba terkeluar ayat sadis macam tu,” jawab Nia yang masih lagi tersengih. Muka Adi semakin berkerut.
“Kau berdua ni kata nak tolong aku, kalau tak nak tolong, tak payah berdrama depan aku,” kemarahan Adi sudah sampai kekemucaknya. Zana dan Nia terdiam, tidak berani membalas kerana mereka tahu Adi seorang yang banas baran.
“Maafkan aku, Adi. Aku tak ada niat pun tadi,” akhirnya Nia memberanikan diri untuk meminta maaf. Zana hanya menjadi pemerhati.
“Aku tak marah, cuma geram saja,” jawab Adi ringkas. Nia dan Zana menarik nafas lega.
“Aku nak sambung buat kerja rumah, jangan kacau aku dulu, nanti kalau aku dah okay, baru aku join kau berdua,” kata Adi sebelum mengeluarkan sehelai kertas dan mula menulis. Zana dan Nia terus menyambung kerja mereka, kerana masa itu emas.
*****************************
“Kau ni Iz, tak baik buat budak perempuan tu macam tu, lagipun tahun ni kita ada peperiksaan besar, dibuatnya dia tak maafkan kau,” nasihat Izat. Iz hanya mendengus kasar.
“Aku benggang dengan budak perempuan tu, aku baru nak minta maaf, dia dah marah aku macam aku ni buat kesalahan yang besar.
“Memang patut pun dia marah, dah kau yang langgar dia, kalau aku pun aku marah,” kata Izat seolah-olah menyokong perbuatan Adi tadi.
“Weh, kalau pun dia marah sangat, tak perlu keluarkan kata-kata kasar macam tu, dia perempuan, tak sopan langsung,” kata Iz mencurahkan pendapatnya. Izat hanya mengangkat bahu, tidak menyokong dan tidak membantah.
“Tapi, budak perempuan tadi pun comel juga,” sambung Iz lagi. Izat memukul lengan Iz. Geram pula dengan sikap Iz.
“Betulkan apa yang aku cakap, cakap dia comel pun salah,” kata Iz. Izat hanya mendengus.
“Kau dah terpikat dengan budak tu ke?” Iz mengusik. Berkerut muka Izat dibuatnya. Tidak mungkin dia terpikat dengan budak perempuan itu kerana hatinya sudah dimiliki oleh seseorang.
“No ways because I already have someone special in my heart,” jawab Izat dengan berani. Iz hanya ketawa.
“Pandai juga kau speaking,” usik Iz.
“Biasalah, calon PMR yang bakal dapat 8A1,” jawab Izat selamba. Berderai ketawa mereka berdua. Hilang masalah yang difikirkan Iz sebentar tadi.
“Anyways, siapa gadis yang bertuah itu?” tanya Iz. Merah padam muka Izat sampai ke telinga.
“Takkan nak berahsia dengan aku juga?” Iz menguji lagi. Izat hanya diam seketika sebelum memulakan bicaranya semula.
“Nanti aku kenalkan gadis bertuah tu pada kau, nanti boleh kau komen,” kata Izat. Iz hanya ketawa terbahak-bahak.
“Kenapa kau gelak?” tanya Izat. Benggang pula dengan sikap Iz.
“Kau ingat ini reality show ke nak komen-komen orang,” jawab Iz selamba. Izat hanya tersenyum.
“Bila kau nak kenalkan?” tanya Iz. Izat berfikir sejenak.
“Waktu rehat nanti boleh?” tanya Izat pula sambil menanti respon dari Iz. Iz berfikir sejenak.
“Okay, no problem. Kalau cantik lagi lemah lembut, nanti aku puji,” kata Iz.
***************************************
“Kring...,” bunyi itu menandakan waktu rehat sudah tiba. Zana, Nia dan Adi segera bergerak ke kantin. Pelbagai cerita yang mereka bualkan
“Adi, nanti aku nak kenalkan kawan baik aku pada kau, dia baru pindah sini,” kata Nia. Adi hanya mengangguk tanda setuju.
“Sekejab ya, mana Izat ni?” Nia tercari-cari di mana Izat berada. Zana mencuit lengan Nia sebelum menunjukkan Nia di mana Izat berada. Kelihatan Izat sedang melambaikan tangan ke araha mereka. Di sebelah Izat, kelihatan seorang budak lelaki tetapi tidak jelas mukanya.
“Nia, kau dengan Zana pergi dulu, aku ada urusan sekejab, nanti kalau dah selesai, aku cari kau,” kata Adi.
“Okay,” jawab Nia ringkas. Adi terus berlalu pergi.
“Kau nampak aje Izat dekat mana, dah namanya buah hati dan penawar rindulah katakan,” kata Nia mengusik. Zana yang geram terus memijak kaki Nia dan terus mencubit lengannya. Nia mengaduh.
“Kenapa dengan kau ni, Nia,” tanya Izat. Sebelum sempat Nia menjawab, Zana menyampuk.
“Dia kena gigit dengan semut gergasi sebab dia cari pasal dengan semut gergasi tu,” jawab Zana selamba. Nia mendengus geram. Izat berderai ketawa.
“Ehem...,” Iz berdehem.
“Lupa pula nak kenalkan, ini Tengku Faiz,” kata Izat.
“Hai,” sapa Zana dan Nia.
“Awak boleh panggil saya Iz saja,” kata Iz.
“Saya Nur Alia Farzana, boleh panggil saya Zana. Dia Nur Dania, panggil dia Nia saja,” kata Zana sambil tersenyum.
“Jempulah, duduk. Kau ni Izat tak gentlemanlah,” kata Iz. Izat menyiku Iz. Zana dan Nia hanya ketawa.
“Izat, Zana tu ke yang dah mencuri hati kau?” tanya Iz dengan nada berbisik. Izat tersedak. Zana dan Nia kehairanan. Muka Izat berkerut.
“Comel juga dia tu, nanti aku nak pikat dialah,” kata Iz, sengaja mengusik. Muka Izat jelas menunjukkan bahawa dia sedang marah. Zana dan Nia sendiri tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
“Awak berdua kenapa?” tanya Zana lembut. Nia hanya menanti jawapannya. Izat hanya tersengih seperti kerang busuk.
“Tak ada apa-apa, awak berdua tak perlu risau. Ini cuma pertanyaan cepumas pada Izat saja, tak tahu pula dia marah, sensetif rupanya kau ni,” Izat memandang tajam ke arah Iz.
Wednesday, April 21, 2010
Episod 2 - Bahagian 2
Posted by Azma at 10:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



4 comments:
bestlah....
continue again ok,...
sweet girl!
awk ni terajin btul bace cite sye
and thanx 4 the comment
bezlh cite ni...
smbg cpt cket k...
nice story..
thanx 4 the comment
nanti sambung cite awk pulak ye,..
Post a Comment