KISAHKU
EPISOD 2
Zana melangkah masuk ke dalam sekolah. Keadaannya masih seperti kali pertama dia menjejakkan kaki ke seklah itu. Dia terus berjalan menuju ke kelas, kini dia berada di tingkatan dua bermakna ini sudah tahun kedua dia berada di sekolah ini.
“Assalamualaikum, boleh tumpang tanya tak?” Zana mengangkat muka dan menoleh ke belakang.
“Waalaikumussalam. Eh! Izat, apa awak buat dekat sini?” tanya Zana sedikit riang.
“Saya sekolah dekat sini. Saya nak tanya, blok tingkatan tiga dekat mana?” kata Izat malu-malu.
“Oh, awak jalan terus, ada blok dekat hujung sana, warna oren, itulah blok tingkatan tiga,” kata Zana memberikan panduan.
“Terima kasih, Zana. Nanti jumpa masa rehat,” kata Izat sebelum melangkah meninggalkan Zana.
“Izat, Nia mana?” langkah Izat terus terhenti. Dia menoleh sebelum menjawab.
“Saya pergi sekolah tak saing dengan dia sebab dia bangun lambat, dia suruh saya pergi dulu,” Zana hanya tersenyum, perangai lama Nia masih belum hilang dari dirinya.
“Tak apalah, terima kasih, Izat. Jumpa nanti,” kata Zana sebelum memulakan langkahnya semula. Izat juga terus berjalan mengikut panduan yang diberikan oleh Zana.
Setibanya Zana di kelas, dia terus menyapa Adi. Dia dan Adi berpelukan seketika. Hampir sebulan mereka tidak berjumpa.
“Dah lama tak jumpa kau, Adi,” kata Zana. Adi hanya tersemyum. Adi atau nama sebenarnya Nur Adilah. Dia lebih senang dipanggil Adi kerana sikapnya yang kasar. Katanya, biar budak lelaki tidak berani mengusik.
“Nia mana, dari tadi takkan tak sampai-sampai lagi?” tanya Adi. Zana yang baru meletakan begnya di kerusi hanya tersenyum.
“Macam biasa,” jawab Zana ringkas. Adi mengerti dan hanya ketawa.
“Perangai dia tu macam budak darjah satu, susah betul nak bangun pagi,” kata Adi sebelum duduk semula ditempatnya.
“Siapa yang kau berdua maksudkan, Nia ke?” tanya seorang. Budak lelaki itu betul-betul berada di belakang mereka.
“Siapa lagi kalau bukan bakal girlfriend kau, Zul,” kata Adi selamba. Zul hanya ketawa. Tak sangka mereka tahu apa yang tersirat di hatinya.
“How do you know, dia tu bakal girlfriend aku?” tanya Zul. Zana dan Zul menanti jawapan Adi.
“Don’t try to deny your feeling to her,” jawab Adi memulangkan paku keras sambil tersenyum sinis. Zul hanya ketawa kecil.
“Okay, aku nak mengaku, i like her dan aku nak minta couple dengan dia nanti,” kata Zul dengan beraninya. Adi mencebik.
“Kau berani sangat ke?” tanya Adi, sengaja mencabar kesabaran Zul. Zana sudah mula bimbang yang mereka akan bergaduh.
“We will see about that,” kata Zul dengan jawapan yang pasti. Zana tak senang duduk jadinya.
“Okay, aku tengokkan saja nanti,” kata Adi. Zul terus berlalu ke luar. Adi teus duduk di tempatnya.
“Adi, kau ni serius ke? Yang jadi mangsanya nanti Nia bukan kau, kau ingat Nia tu patung ke?” marah Zana. Merah padam mukanya menahan marah. Adi memandang ke arah Zana.
“I’m just helping them, lagipun kau kan dah lama tahu yang dia berdua like each other, tapi kalau masing-masing tak mahu mengaku, sia-sia saja perasaan tu,” kata Adi dengan tegas. Zana sendiri terdiam, mungkin ada betulnya juga kata-kata Adi itu.
“Assalamualaikum, topik apa yang hangat dibincangkan sampai muka berkerut macam tu?” Nia tiba-tiba muncul di belakang sebelum terus meletakkan begnya di sebelah Adi. Zana hanya tersenyum kelat.
“Waalaikumussalam, kau ni asyik bangun lambat saja, nak suruh Zul kejut baru senang nak bangun,” usik Adi selamba. Merah padam muka Nia. Zul yang berada di belakang sudah mula berdehem. Zana yang risau keadaan semakin keruh terus menarik Nia ke luar kelas.
“Nia, temankan aku pergi tandas,” kata Zana ringkas.
“Okay,” jawab Nia ringkas sebelum mempercepatkan langkahnya kerana malu dengan Zul.
“Dari mana Adi tahu aku bangun lambat, malunya aku nak berdepan dengan Zul,” kata Nia. Dia menghentakkan kakinya di depan tandas.
“Aku yang bagi tahu dia,” kata Zana. Nia memandang Zana dengan pandangan yang tajam.
“Dari mana kau tahu,” tanya Nia lagi. Dia seperti mendesakkan Zana. Zana terdiam sebentar. Kalau aku bagi tahu, dia marah tak, detik hati Zana.
“Aku terserempak dengan Izat pagi tadi, aku tanya kau tak saing dengan dia ke, lepas tu dia jawab kalau lewat bangun, masa aku sampai kelas tadi, Adi pula tanya, aku jawab sajalah, tak sangka boleh jadi macam ni,” terang Zana dengan panjang lebar. Nia mengeluh panjang.
“Kring...,” loceng berbunyi menandakan berhimpunan akan bermula tidak lama lagi. Nia dan Zana terus bergegas ke dewan, tidak mahu dikira sebagai pelajar yang lewat.
********************************************
“Pelajar sekalian, sila beri perhatian. Buat latihan ringkasan muka surat 5, esok hantar,” kata Cikgu Siti Nuhani sebelum beliau melangkah ke luar kelas.
“Aku nak pergi tandas sekejab,” kata Adi kepada Nia. Nia hanya mengganguk sebelum meneruskan penulisannya. Adi terus melangkah ke luar kelas.
Setelah selesai mencuci tangan, Adi terus menuju ke kelasnya semula. Dia terdengar dua orang budak lelaki yang terjerit-jerit di belakangnya. Dia menoleh, sebelum dia jatuh terduduk gara-gara berlanggar dengan budak lelaki itu tadi.
“Woi, kau tak ada mata ke?” kata Adi keras. Budak lelaki itu terkejut dengan kata-kata Adi. Mukanya jelas menunjukkan yang dia marah.
“Kau ingat aku ni tak ada nama ke? Suka hati aje,” marah budak lelaki itu. Kawannya pula memegangnya dari belakang, takut-takut kalau dia hilang sabar.
“Memang kau ada nama, tapi tak ada mata,” jawab Adi. Budak lelaki itu memandang tepat ke mata Adi. Riak mukanya menunjukkan dia betul-betul marah.
“Iz, sudahlah tu, maafkan kawan saya ni, dia tak sengaja tadi,” kata kawan budak yang bernama Iz tadi.
“Dia dah tak ada mulut nak minta maaf,” kata Adi lagi. Iz semakin membara kepanasannya, ingin sahaja ditampar mulut Adi.
“Aku tak kisah kau cakap aku tak ada mata, tak ada mulut tapi kau lagi teruk, tak ada perikemanusiaan,” jerit Iz. Dia terus berlalu, kawannya tadi mengejar budak yang bernama Iz. Adi terpaku di situ. Amarahnya membuak-buak.
“Kurang ajar,” jerit Adi kepada Iz tapi Iz tidak mengindahkannya. Adi terus berjalan menuju ke kelasnya dengan muka yang masam. Ingin saja ditumbuk muka budak lelaki yang bernama Iz itu tadi. Setibanya di kelas, dia terus duduk dengan muka yang berkerut.
“Kenapa ni Adi?” tanya Nia. Adi hanya mendiamkan diri sambil menahan marahnya. Nia beralih pandangan ke arah Zana. Zana mengangkat bahu.
Tuesday, April 13, 2010
Episod 2 - Bahagian 1
Posted by Azma at 6:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



1 comments:
awk, citenye mcm makin seronok aje
nanti sambung cepat sikit tau
x sabo nk tunggu sambungnya
sweet girl..
Post a Comment