KISAHKU
EPISOD 3
“Kau kalau dah suka, mengaku sajalah, tak susahkan hati kau dengan Zana,” kata Nia. Izat hanya mengeluh.
“Kau kan tahu Zana tu cantik, pandai, cute. Nanti dah melepas baru menyesal,” sambung Nia lagi.
“Aku tahulah,”
“Kalau kau nak suruh aku tolong kau, aku on saja,”
“Tak payahlah, nanti tak gentlemen pula aku ni,”
“Okay, tapi kalau kau perlukan bantuan, cakap saja tau,” Izat hanya mengangguk. Perbualan mereka terhenti di situ apabila Zana dan Adi muncul semula. Izat dan Zana hanya saling berbalas senyuman. Susanana kembali riuh apabila Nia dan Adi memulakan perbualan.
****************************************
“Nia, jalan tu cepat sikitlah, nanti cikgu pj marah, ni dah lambat ni tahu tak,” keluh Zana. Adi mengeluh keras.
“Macam nenek tua, dah tak larat nak jalan laju ke?” sindir Adi.
“Aku jalan cepatlah ni, tunggulah aku,” mereka berjalan beriringan. Nia menyedari ada yang mengekori dari belakang.
“Zana, itu Riz kan?” tanya Nia sambil menyiku Zana. Zana menoleh. Kelihatan Izat sedang berjalan ke arahnya.
“Hai, sayang,” kata Riz sambil melayangkan flying kiss ke arah Zana.
“Uwek!” Adi menekan-nekan dadanya, terasa loya tekaknya.
“Kau kalau nak suruh aku bagi penumbuk pun boleh juga,” Riz semakin menghampiri. Dia berhenti di sebelah Zana. Nia dan Adi hanya memandang tajam ke arah Riz.
“Saya bagi masa untuk awak fikir pasal hal tu lagi ya,” kata Riz. Sebelum berlalu pergi Riz sempat tersenyum manis ke arah Zana, zana hanya mengeluh.
“Zana, jomlah. Dah lambat ni, jangan fikir sangat pasal hal tu,” nasihat Nia. Mereka pun berlalu pergi dan berjalan menuju ke padang.
*****************************************
“Zana, kau boleh keluar ke Sabtu ni?” tanya Nia. Zana tidak menjawab, dia hanya kaku seperti patung cendana.
“Zana...,” Nia menoleh ke arah Zana. Nia menepuk kuat bahu Zana. Zana tersentak dari lamunannya.
“Kau ni terkejutkan aku saja,” kata Zana.
“Kau tengah mengelamun apa sampai aku tanya pun kau tak dengar?” tanya Nia.
“Aku tengah fikir macam mana nak tolak Riz tu, aku tak suka sangat nak sakitkan hati dia,” luah hati Zana.
“Kenapa kau mesti jaga hati dia? Kau cakap sajalah kau, kau tak nak couple dengan dia, habis cerita”
“Aku tak suka sakitkan hati orang, bukan dia seorang saja, orang lain pun sama juga,” luah Zana lagi.
“Habis tu, kau nak terima dia,” Zana menggeleng.
“Zana, aku yakin dia bukan budak lelaki yang baik dan sesuai untuk kau, aku dapat rasakan yang dia tu senang cakap suka dan senang cari yang lain,” nasihat Nia.
“Aku pun rasa macam tu, aku tahu yang dia tak akan sayang kau sepenuh hati. Bila dia dah jumpa dengan budak perempuan yang lagi cantik, dia mesti akan tinggalkan kau,” sampuk Adi yang muncul secara tiba-tiba.
“Itu aku tahu, lelaki sekarang ni memang tak boleh dipercayai, dan sekarang ni bukan masanya untuk bercinta,” segaja ditekankan perkataan bercinta agar Nia dan Adi mengerti.
“Tapi macam mana aku nak cakap,” sambung Zana lagi.
“Kau kan hebat bab karangan ni, kau karang dulu ayat tu dengan ayat yang gramatis. Lepas itu, kau cakaplah ayat tu dekat dia,” terang Nia dengan panjang lebar.
“Buat karangan lagi,” keluh Zana di dalam hatinya. Dia mengeluh keras.
*********************************************
Zana segera mancapai diarinya. Ingin dia menghilangkan segala bebannya di dalam hati ini.
23 Februari
11.57 malam
Atas katil
Dear diari,
Macam-macam masalah timbul hari ni. Macam mana nak hari-hari mendatang ni. Dua hari yang lepas, Riz minta couple dan pada hari tu juga Rina nekad untuk pikat Izat. Kenapa mesti ada budak perempuan yang macam tu ya?
Diari, awak rasa patut ke saya terima Riz tu? Saya rasa saya tak akan terima dia tapi apa yang saya nak cakap. Konfliknya... Kenapa saya tak padankan Riz dengan Rina, kan sesuai. Betul tak diari?^_^. Tapi kelakar pun ada. Ish! Mengumpat pula, tak baik betul. Tapi macam mana nak hadapi situasi ni ya? Ya Allah, janganlah kau sesatkan hati ini sehingga aku berani untuk melakukan maksiat.
Diari, ustaz ada cakap yang couple tu berdosa diusia sekarang ni, jadi saya tak nak menanggung dosa kerana berkasih sayang bukan pada masa yang sesuai. Saya dah nekad tak mahu ada hubungan yang istimewa kerana saya sendiri tak tahu hubungan itu akan berakhir dengan apa. Yang saya takutkan, bila kita dah berkasih tapi kasih tak kesampaian nanti jadi musuh.
Saya teringat kisah kawan saya yang couple satu hari dan esoknya broke up, saya berdekah ketawa sebab masa tu sibuk panggil babylah, sayanglah, i love youlah, tetiba esoknya broke up. XD
Alamak, sibuk cerita dengan awak, rupanya dah pukul 12 tengah malam, padanlah asyik menguap saja. Okaylah, saya undur diri dulu. Good nite.
Wassalam...
Zana terus merebahkan dirinya di atas katil. Harap mimpi si dia, bisik hati Zana.
Sunday, June 6, 2010
Episod 3 - Bahagian 4
Posted by Azma at 11:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



6 comments:
great story!!!
byk pengajaran yg sye dpt tau
hehehe....
thanx, azim
tau x pe
ini nasihat utk remaja skrang ni
hehehe....^_^
iyalah 2,
utk buaya tembaga 2 ke
kisah yg bwh 2 cm same jek ngan dye?
lebih krang cm 2 lah,
hehehe...
utk pengajaran kite semua gak
btul x, Azim???
btul3
hehehe...
awk on chat box 2 bleh
chating kat sne k...
ok jep
hehehe...
...>_<
Post a Comment