KISAHKU
EPISOD 2
Zana dan Nia terus menyambung makan. Iz hanya ketawa kecil, tidak berani memandang ke arah Izat yang sedang membara kemarahannya.
“Kau ni memang dasar buaya darat, nanti siap kau aku kerjakan,” kata Izat memberi amat. Kali ini berderai ketawa Iz, tidak disangka bahawa Izat menganggap itu sebagai perkara yang bakal terjadi.
“Awak berdua ni okay ke tidak?” tanya Zana. Nia dan Zana sudah saling berpandangan, hairan dengan sikap Izat dan Iz. Iz hanya ketawa.
“Saya okay, Izat saja yang tak okay sebab hati dia tengah membara kemarahannya,” Izat cuba menyepak kaki Iz tetapi malangnya tersepak kaki Zana.
“Aduh,” Zana meraba-raba kakinya. Dia terus memandang tajam ke arah Izat dan Iz. Riak muka Zana jelas menunjukkan dia sedang marah.
“Maaf, saya tak sengaja,” kata Izat sambil tersenyum simpul. Nia hanya menggelangkan kepalanya. Dia sendiri hairan kenapa Izat berkelakuan pelik hari ini. Tak kan dah terkena panahan cinta Zana, bisik hati Nia.
“Kenapa kau pelik sangat hari ni, Izat?” akhirnya Nia membuka mulut. Zana seperti mengiakan kata-kata Nia. Izat sekali lagi memandang tajam ke arah Iz. Kalau bukan kerana Iz, sudah tentu dia tidak akan tersepak kaki Zana.
“Sedapnya makanan, ada tinggalkan untuk aku sedikit tak?” Adi tiba-tiba muncul dari belakang. Iz dan Izat menoleh. Pandangan Adi dan Iz bertaut seketika. Muka Adi berkerut manakala riak muka Iz berubah.
“Kau!” Adi dan Iz menjerit serentak. Zana dan Nia tidak faham apa yang sedang berlaku. Izat menarik Iz ke tepi.
“Kenapa budak kurang ajar ni makan dengan kau?” tanya Adi. Berdesing telinga Iz.
“Siapa kau maksudkan dengan kurang ajar?” Zana dan Adi terus berdiri dan segera mendapatkan Adi. Ditarik lengan Adi supaya jarak di antara mereka jauh.
“Siapa lagi, bukan kau ke yang kurang ajar,” jawab Adi. Iz sudah mulai hilang kesabarannya. Izat memegang Iz seerat-eratnya, risau juga kalau Iz tiba-tiba menyerang Adi.
“Adi, Iz. Sudah-sudahlah. Jangan gaduh sampai macam ni,” kata Zana memberikan nasihat. Adi yang sudah tidak boleh menahan marahnya terus berlalu pergi, tidak mahu ayah dan ibunya dipanggil ke sekolah lagi.
“Adi,” jerit Zana. Dia berlari mendapatkan Adi.
“Pengecut,” jerit Iz. Nia segera memukul lengan Iz. Tersentak Iz dengan perlakuan Nia. Izat sendiri terkejut dengan tindakan Nia.
“Awak kalau tak nak patah kaki, patah tangan, tolong jangan cari pasal dengan Adi,” kata Nia memberi amaran. Buntang mata Iz memandang Nia. Hampir ternganga mulut Izat mendengar penjelasan Nia.
“Apa maksud kau?” tanya Iz pula. Nia mendengus keras. Budak benggap juga rupanya, detik hati Nia.
“Kau tak kenal lagi siapa Adi, tapi kalau kau dah kenal aku minta tolong sangat-sangat kau jangan pingirkan dia,” kata Nia. Reda sedikit kemarahan Iz. Hatinya pula yang tertanya-tanya kenapa Nia berbicara seperti itu.
“Adi pernah kena panggil dengan pengetua dan ibu bapa dia pernah kena panggil ke sekolah,” jawab Nia dengan tenang. Izat dan Iz sunggu terkejut selepas mendengar pengakuan Nia.
“Tapi kenapa dia kena panggil dengan pengetua?” tanya Izat. Iz hanya mendengar
“Sebab Rina,” jawab Nia ringkas. Iz dan Izat semakin tertanya-tanya.
“Siapa Rina?” tanya Iz pula. Kali ini Izat pula yang mendengar. Riak muka Nia jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar benci dengan budak perempuan yang bernama Rina.
“Nanti aku kenalkan, hari ni budak gedik tu tak datang,” kata Nia
“Nia, ibu bapa Zana pun pernah kena panggil ke sekolah ke?” tanya Izat. Nia serba salah untuk menjawab.
“Kalau aku cerita, kau dengan Iz janji tak akan anggap Zana yang bukan-bukan,” kata Nia. Izat dan Iz hanya menangguk tanda setuju.
“Ibu bapa dia memang pernah kena panggil tapi itu masa sekolah rendah,” jawab Nia. Iz seperti tidak percaya. Dia mengenali Zana sebagai seorang yang lemah lembut. Mana mungkin.
“Dia pernah bergaduh dengan budak lelaki tingkatan 3 dan dia kata alasan dia adalah sebab dia nak lindungi adik-adik dia dari kena buli. Waktu itu dia baru darjah 6,” cerita Nia. Iz sendiri terkejut dengan pengakuan Nia.
“Apa jadi dengan budak lelaki tu?” tanya Izat.
“Patah tangan,” jawab Nia ringkas. Izat sendiri terdiam, tidak tahu apa yang harus dikatakan.
“Ibu dan ayah dia tak marah dia?” tanya Iz pula. Nia menggeleng sebelum memberikan alasannya.
“Mula-mula, ibu dan ayah dia marah. Tapi lepas tu, ibu dan ayah dia tahu yang dia betul-betul sayangkan adik-adik dia,” jawab Nia. Perbualan mereka terhenti disitu sahaja kerana loceng sudah berbunyi.
**********************************************************
“Adi dah reda ke belum?” tanya Nia. Zana hanya mengangkat bahu.
“Kau jangan risau pasal aku, kejab lagi aku okaylah,” kata Adi. Nia dan Zana menarik nafas lega.
“Adi, kau boleh cerita tak, sebenarnya apa yang buat kau benci dakat Iz?” tanya Zana. Adi menarik nafas sebelum memulakan ceritanya. Seperti apa yang berlaku tadi, Adi menceritakan peristiwa itu satu persatu kepada Zana dan Nia.
Akhirnya , Zana dan Nia mengerti. Mungkin kau buat macam tu sebab mamat dulu tu kan, bisik Zana di dalam hatinya. Hatinya sayu seketika. Adi yang dahulunya lemah lembut berubah menjadi seorang yang sensitif dalam sekelip mata.
***********************************************************
“Zana, awak boleh tunggu sekejab tak?” Zana menoleh. Kelihatan Izat sedang mengejar Zana dari belakang.
“Ada apa, Izat?” tanya Zana. Izat termengah-mengah untuk menjawab. Dia menuding ke arah kerusi berdekatan taman. Zana dan Izat berjalam menuju ke situ. Izat duduk manakala Zana lebih selesa duduk bertentangan dengan Izat.
“Betul ke Adi pernah kena panggil dengan pengetua?” tanya Izat laju. Zana terdiam sebentar. Dari mana Izat tahu, detik hati Zana.
“Nia bagi tahu awak?” tanya Zana pula. Kali ini Izat pula mengangguk. Zana sendiri serba salah untuk menceritakan peristiwa hita ini kepada Izat tetapi unutk mengelakkan salah faham, dia harus kuat.
“Semua gara-gara seorang manusia yang bertopengkan syaitan, dia adalah orang yang paling kejam yang pernah saya jumpa, pandai menabur janji, tapi semua tu janji palsu,” kata Zana sebelum memulakan ceritanya,” kata Zana. Izat mendengar dengan tekun
“Sebanarnya Adi yang saya kenal seorang yang lemah lembut, baik hati, penyayang, penyabar tapi kerana seorang budak lelaki yang dah mainkan hati dia, dia terus jadi seorang yang agresif dan senang sensitif. Saya sendiri pun tertanya-tanya, siapa yang boleh curi hati dia balik,” kata Zana. Sayu hatinya bila mengingati kembali peristiwa itu.
Sunday, May 2, 2010
Episod 2 - Bahagian 3
Posted by Azma at 1:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
awk,
citenye makin suspenlah lame2
x sabar nk tahu sambungannye
cpt sambung k
SWEET GIRL!!!!
ok, next week
sye sambung
and thanx 4 the comment...
^v^
Post a Comment