Blogger Templates

Sunday, May 2, 2010

Episod 2 - Bahagian 4

KISAHKU
EPISOD 2

“Apa jadi pada budak lelaki tu?” tanya Izat. Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam hatinya. Zana mengingati seketika peristiwa itu.

“Budak lelaki tu dah pindah dari daerah ni,” jawab Zana dengan tenang. Izat sendiri terdiam, tidak sanggup rasanya untuk dia mendengar cerita selanjutnya.

“Adi dapat tahu yang budak lelaki tu main-mainkan perasaan dia daripada ex-girlfriend budak lelaki tu, mula-mula Adi tak percaya, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, Adi sendiri nampak,” Zana menari nafas sebelum menyambung ceritanya lagi.

“Bila Adi nampak saja, dia terus tendang budak lelaki tu, dia maki hamun budak lelaki tu sampai hati dia puas, lepas tu dia terus lari, saya dengan Nia pun tak dapat kejar dia, bila saya dengan Nia jumpa Adi, ada kesan kelar dekat tangan dia, nasib baik tak putus nadi dia,” sambung Zana lagi.

“Bila kejadian ni berlaku?” tanya Izat. Zana cuba mengigati kembali.

“Tahun lepas,” jawab Zana ringkas.

“Lepas tu, apa yang terjadi?” tanya Izat lagi.

“Adi masuk hospital dan koma seminggu, tapi alhamdulillah dia selamat, budak lelaki tu rasa bersalah agaknya, dia minta maaf dengan Adi tapi malangnya Adi langsung tak nak pandang budak lelaki tu, saya dengar budak lelaki tu dah insaf. Tapi saya tak pasti betul ke tidak,” kata Zana.

“Sejak dari hati, saya tak nampak lagi Adi yang lemah lembut, tapi saya hanya nampak dia seorang yang pemarah, dia dah tak macam dulu,” air mata Zana akhirnya mengalir juga. Empangan air matanya tidak dapat ditahan lagi. Perbuatan lelaki itu sama seperti menghancurkan hatinya juga.

“Awak janganlah sedih, kalau awak sedih saya susah hati nanti,” kata Izat sambil menghulurkan sehelai tisu. Zana tersenyum kembali.

“Awak ni pandai pujuk orang,” kata Zana sambil mengambil tisu yang dihulurkan oleh Izat.

“Zana, betul ke awak pernah pukul budak lelaki sampai patah tangan?” teragak-agak Izat bertanya.

“Nia yang bagi tahu awak kan?” tanya Zana pula. Izat hanya mengangguk.

“Memang betul, kenapa?” Zana menguji Izat. Izat menelan air liurnya. Zana hanya tersenyum.

“Awak tak perlu risau, saya tak akan patahkan tangan awak,” kata Zana bergurau. Izat hanya tersenyum.

“Awak balik pukul berapa?” tanya Izat membuka bicara kembali selepas keadaan hening seketika.

“Sekejab lagi, awak pula?” Izat hanya mengangkat bahu menandakan bahawa dia tidak pasti. Tiba-tiba, Zana terlihat kereta ibunya

“Mak saya dah sampai, saya pergi dulu, assalamualaikum,” kata Zana sebelum bangun dan melangkah pergi.

“Zana, boleh saya minta nombor handphone awak?” kata Izat. Zana menoleh sebelum menjawab.

“Nanti awak tengok dekat beg awak,” kata Zana sebelum dia melangkah pergi. Izat segera membuka zip begnya. Terlihat dia secebis kertas. Di atas kertas itu tertulis,

“Saya tahu awak nak minta, jadi saya bagi secara suprise

Izat hanya tersenyum riang. Dapat juga akhirnya, detik hati Izat.

“Zana,” jerit Izat. Zana sempat menolah sebelum melangkah masuk ke keretanya.

“Ada apa?” jerit Zana.

“Terima kasih,” Zana hanya mengangguk sambil tersenyum. Akhirnya, kereta Zana meluncur laju. Izat hanya melambaikan tangannya. Zana menbalas.

************************************************************

Seperti biasa, Zana akan menulis di dalam diarinya seperti hari-hari yang lain. Dia mencapai diarinya. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Tertera nombor yang tidak dikenalinya di skrin telefon. Dia segera menjawab.

“Assalamualaikum,” kata Zana memulakan bicara.

“Waalaikummussalam, ini Zana ke?” tanya budak lelaki itu.

“Ya, saya yang bercakap, siapa ni?” tanya Zana.

“Saya Izatlah,” jawab Izat dengan nada riang. Hialng segala prasangka buruk yang ada di hati Zana.

“Saya ingatkan siapa, ada apa Izat?” kata Zana.

“Saya cuma nak pastikan yang ini nombor awak,” jawab Izat.

“Sekarang awak dah pastikan?” kata Zana. Izat hanya ketawa kecil.

“Okaylah, jumpa dekat sekolah esok, assalamualaikum” kata Izat.

“Waalaikummussalam,” jawab Zana. Talian dimatikan. Akhirnya dapat juga nombor dia, detik hati Zana. Zana segera membuka buku diarinya.

5 Januari
10.30 malam
Atas meja belajar

Dear diari,
Suatu perkara yang buat saya teringat kembali kepada peristiwa hitam saya. Adi sendiri pula hadapi masalah lagi. Macam mana ni, diary. Saya dan Nia berkawan dengan Iz, tapi Iz musuh Adi. Oh no!!!, problem is coming again.
Saya sendiri terpaksa buka cerita yang dah lama saya pendam dalam hati. Tak sangka yang saya akan menangis di hadapan budak lelaki. Tapi tak sangka yang Izat seorang yang “sweet”. Apa saya merepek ni diari, mengucap banyak-banyak.
Saya dah agak yang dia nak nombor saya, jadi saya dah bersedia dulu. Saya rasa dia mesti terkejut besar. Tapi muka dia nampak gembira saja. Tadi dia baru telefon saya, dan saya pula dapat nombor dia, agaknya inilah peresan orang yang baru menjadi remaja. Badan dah penat ni, saya undur diri dulu, diari.

Wassalam...


Zana terus menutup diarinya dan disimpan kemas di tempat rahsia. Dia terus merebahkan dirinya di atas katil sebelum melelapkan matanya.

2 comments:

syathirah saperi said...

beznye..
smbg cpt cket k..

Azma said...

thank, syatirah
nanti kak atin sambung cpt sikit
^v^