KISAHKU
EPISOD 1
“Awak ni bagus juga dalam badminton, sampai saya pun kalah pada awak,” kat Izat membuka bicara. Zana hanya tersenyum bila dipuji.
“Nasib aje tadi, kalau awak tak jatuh, saya rasa awak yang menang,” kata Zana merendah diri. Kini giliran Izat yang tersenyum.
“Awak ni merendah diri sangatlah,” dia menyandarkan diri di sofa.
“Saya rasa kaki saya dah okay, cukuplah tu. Nanti saya cakap dengan Nia lepas solat Asar nanti saya dengan dia balik,” kata Izat. Dia melelapkan matanya sebentar. Zana bangun dan terus duduk di sofa berhadapan dengan Izat.
“Kata Nia, awak pernah jadi wakil daerah untuk pertandingan badminton,” kata Izat. Zana tersenyum sebelum menjawab.
“Semua tu nasib aje, saya ni tak sehebat mana,” jawab Zana dengan tenang. Izat hanya tersenyum.
“Awak ni terlalu merendah diri, kenapa tak nak cakap yang awak lagi hebat dari saya?” kata Izat menguji. Zana duduk bersandar di sofa.
“Perlukah saya meninggi diri kalau hal ni langsung tak mendatangkan faedah pada saya, tapi buat kawan-kawan saya makin benci adalah,” jawab Zana dengan tegas. Benarlah kata Nia bahawa Zana seorang yang tegas dengan pendiriannya, kata-katanya sukar untuk dibahas.
“Izat, aku dah telefon ayah aku, ayah aku cakap lagi setengah jam ayah aku sampai,” kata Nia yang tiba-tiba muncul. Dia terus duduk dan menyandarkan badan di sofa bersebelahan Zana.
“Kalau macam tu, kau dengan Izat boleh tumpang bilik tetamu kalau nak sembahyang, aku nak keluar sekejab, nak suruh adik aku masuk,” kata Zana sebelum menghilangkan diri. Seketika kemudian, Zana dan adik-adiknya berjalan masuk ke dalam rumah. Afiq, Azhan dan Arif berlari terus ke atas sementara Zana terus menghilang ke belakang.
“Macam tu ke girlfriend idaman kau, Izat” Nia mula menanyakan soalan. Izat hanya tersenyum. Muka Nia berkerut, menandakan dia tertanya-tanya dengan reaksi Izat.
“Izat, cakaplah. Kau ni suka berahsia macam budak perempuan,” kata Nia sambil cuba mengorek rahsia. Izat mendengus tanda geram.
“Kau ni sibuklah. Aku tak tanya pun pasal kekasih rahsia kau, jangan nak sibuk pasal girlfriend idaman aku,” kata Izat dengan selamba. Nia menarik muka, geram pula dengan sikap Izat.
“Eleh, kalau bab girlfriend dulu, boleh pula minta tolong orang korek rahsia dialah, mengada-ngada, kalau dulu siap suruh aku jadi orang tengah lagi, sekarang macam kacang dah lupakan kawan.” kata Nia yang sudah merapu. Izat tersentak.
“Weh, itu dulu, sekarang ni aku dah berani, dah gentlemen katakan,” kata Izat. Nia mencebik.
“Lagi satu, mana ada kacang lupakan kawan, kan kacang lupakan kulit,” kata Izat sebelum dia ketawa terbahak-bahak. Nia mengingati seketika apa yang dibicarakannya tadi. Merah padam mukanya, macam mana dia boleh tersilap.
“Ketawalah lagi, menyampah betul,” Nia menarik muka. Dia terus menuju ke tangga untuk menumpang solat di bilik Zana.
“Eh! Nia, kau nak ke mana?” tanya Izat. Nia menjelirkan lidah dan terus berlari ke atas. Izat hanya ketawa mengkekek. Geli hatinya melihat reaksi Nia seperti budak kecil.
“Awak tak sembahyang lagi ke, Izat?” tanya Zana. Izat hanya tersengih seperti kera busuk. Berkerut muka Zana, hairan dengan sikap Izat.
“Saya tanya, kenapa awak tersengih macam orang gila, mengata Nia, awak pun sama, kelu ke lidah nak bercakap,” sindir Zana. Izat terpaku. Boleh tahan juga mulut Zana, fikirnya di dalam hati.
“Nak solatlah ni, nak tanya bilik air kat mana?” tanya Izat sambil berdiri. Zana berganjak ke balakang sedikit sebelum menjawab.
“Awak terus ke belakang, belok kiri, tandasnya sebelah kanan,” jawab Zana sebelum berlalu pergi.
“Zana,” panggil Izat. Zana memberhentikan langkahnya sebelum menoleh.
“Terima kasih,” kata Izat sebelum berlari ke belakang. Zana terdiam sebentar. Aku tadi kasar sangat ke bercakap, bisik hati Zana. Dia terus berlari menuju ke biliknya dan terus menuju ke bilik air. Dilihatnya Nia sedang khusyuk bersolat. Dia hanya tersenyum. Lembaran baru dalam hidupnya akhirnya bermula.
Setelah selesai bersolat, dia menoleh ke belakang. Nia kelihatan termenung. Zana terus melipat sejadah dan telekungnya sebelum duduk di sebelah Nia.
“Jauhnya termenung, teringkatkan Zul ke?” usik Zana. Nia tersentak dari lamunannya. Dia memukul lengan Zana. Zana mengaduh.
“Sakitlah, bergurau pun tak boleh. Betulkan aku cakap, kau termenungkan dia, kalau bukan dia siapa lagi,” kata Zana lagi. Nia terus merebahkan badannya di katil Zana.
“Zana, aku nak tanya kau dan kau mesti jawab dengan jujur,” kata Nia. Zana memandang wajah Nia. Lain macam saja bunyinya.
“Okay, apa dia?” tanya Zana. Nia tersenyum lebar. Ini masanya untuk dia menemu ramah Zana.
“Izat tu boyfriend idaman kau ke?” tersentak Zana dibuatnya. Mukanya berkerut.
“Kau dah janji nak jawab dengan jujurkan, kau tak boleh mungkir janji,” kata Nia untuk menangkis segala alasan Zana. Akhirnya, Zana terperangkap juga. Zana mengeluh, kenapalah kau ni nakal sangat Nia, bisiknya di dalam hati.
“Jawapan aku, aku masih tak pasti sebab aku belum kenal dia lagi,” jawab Zana dengan muka selamba. Nia hanya mengeluh.
“Susah juga nak jadi cupid ni,” kata Nia perlahan.
“Apa kau cakap tadi, Nia?” tanya Zana. Nia mula mengelabah, dia tahu ayat merapu pasti keluar dari mulutnya.
“Tadi aku teringat pasal cuboid, sepupu aku ada cakap, math tahun depan susah, tu yang aku ingat nak belajar pasal tu malam ni,” kata Nia. Dia sendiri tidak sedar apa yang dikatakannya. Segalanya secara spontan.
“Kau ni merepeklah, aku turun dululah,” Zana terus membuka pintu biliknya dan berjalan keluar. Nia menarik nafas lega.
“Nasib baik rancangan aku tak bocor. Kalau tak mati aku,” kata Nia sambil mengurut dadanya.
“Rancangan boleh bocor ke?” tanya Nia pada diri sendiri. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal
“Boleh kot,” Nia mengangkat bahunya. Aku ni kenapa cakap seorang diri ni, kat Nia di dalam hatinya.
“Nia, ayah kau dah sampai, cepatlah turun,” jerit Zana dari bawah. Nia tersentak. Dia terus berlari ke bawah.
“Suka berangan saja budak ni,” kata ayah Nia, merah muka Nia. Zana dan Izat hanya tersenyum. Ibu Zana muncul dari dapur sambil membawa sebungus plastik. Ibu Zana menyerahkannya kepada Nia dan Izat.
“Terima kasih, mak cik,” jawab Nia dan Izat serentak.
“Sama-sama,” mereka segera melangkah keluar rumah. Nia dan Zana berpelukan sebelum berpisah.
Wednesday, April 7, 2010
Episod 1 - Bahagian 3
Posted by Azma at 9:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment