Blogger Templates

Friday, January 15, 2010

Episod 1 - Bahagian 1

KISAHKU
EPISOD 1


Telefon Zana bordering lagu kegemarannya, Kalimah Cinta nyanyian In-team. Dia segera meletakkan buku novel yang dipegangnya. Tertera nama ‘Dania’ di skrin telefon. Segera dia menjawab dengan senyuman di bibir.

“Assalammualaikum, Nia. Ada apa?” Zana menanti jawapan Nia. Diam untuk seketika.

“Waalaikummusalam, Zana. Tak ada apa-apa. Saja aje telefon ,” jawab Nia. Zana terdiam sebentar.

“Tipulah. Kau kalau tak ada apa-apa tak kan kau nak telefon, nak jimat kreditlah katakan,” kata Zana menguji Nia.

“Zana, kau free tak petang ni,” tanya Nia teragak-agak. Zana berfikir untuk seketika.

Free, kenapa?” Zana menanti jawapan Nia. Nia tersenyum.

“Aku ingat nak datang rumah kau petang ni, aku nak bawa kawan nak kenalkan dengan kau,” jawab Nia panjang.

“Boleh, apa salahnya, ajaklah Adi sekali,” kata Zana memberi cadangan.

“Tadi aku dah telefon Adi, dia cakap dia tak boleh datang sebab dia ikut keluarga dia balik kampung,” jawab Nia.

“Oh…,” Zana sedikit hampa.

“Zana, tak menyusahkan kau ke, aku datang rumah kau,” Nia menguji, Zana tertawa kecil.

“Kalau dulu tiap-tiap hari nak datang, tak mungkinlah sekarang ni kau dah malu kot,” kata Zana.

“Saja aje, uji kau. Kau kan tahu, aku ni malu-malu kucing aje,” ketawa mereka berderai.

“Dah agak dah. Eh! Nanti kau datang pukul berapa?” tanya Zana.

“Dalam pukul 4.00 petang, kau tunggu saja nanti aku datang. Kalau jadi aku bagi tahu kau,” Zana duduk di birai katil.

“Okay, jumpa petang nanti,” kata Zana sebelum menghentikan perbualan
“Assalammualaikum,”

“Walaikummusalam,” Zana mematikan talian. Dia menuruni anak tangga dan berjalan menuju ke dapur.

“Ibu buat apa tu?” tegur Zana selepas melihat ibunya sedang memasak.

“Ibu masak sambal tumis, nak makan dengan ubi rebus,” Zana mengangguk sambil memerhati ibunya memasak.

“Ibu, Nia telefon tadi, dia cakap nak datang petang ni,” Zana menanti reaksi ibunya.
“Baguslah tu, langkah kananlah dia, ibu baru ingat nak masak kek coklat, Zana tolong ibunya,” ibu Zana menoleh ke arahnya sambil menanti keputusan Zana.

“Okay,” Zana memeluk ibunya manja.

“Kalau macam tu, ambilkan serbuk koko dengan tepung dekat rak tu,” kata ibu sambil mematikan gas dapur.

“Dekat sini ya, bu,” kata Zana sambil membuka pintu kabinet.

“Betul, yang tu,” kata ibu Zana mengiakan.

********************

“Assalammualaikum,” kedengaran suara orng memberi salam. Zana bangun dari sofa dan meletakkan novelnya di atas meja. Dia segera membetulkan tudungnya dan menjenguk keluar.

“Nia,” Zana berlari ke arah Nia. Mereka saling berpelukan. Tanpa di sedari, ada mata yang sedang memerhatikan mereka.

“Lama tak jumpa,” kata Nia sambil tersenyum. Zana hanya membalas senyumannya.

“Lupa pula aku nak kenalkan kawan aku ni,” Zana terpandang seorang budak lelaki bercermin mata, kurus sahaja badannya. Zana menguntumkan senyuman, dia membalasnya.

“Ni kawan aku merangkap jiran aku, nama dia Muhammad Shahrizat, kau boleh panggil dia Izat, dia tak suka orang panggil dia Shah, dia cakap nanti umur dia macam tua sangat,” kata Nia sambil mengusik. Zana hanya tersenyum.

“Dah mulalah tu, cerita yang bukan-bukan, jangan percaya cakap dia ni, kerjanya nak mengusik orang aje,” kata Izat sambil mengeleng kepala. Muka Nia mula berkerut.

“Izat, aku cakap betullah, kau pernah cakap dekat aku,” Zana hanya mengeleng. Dia kenal sangat dengan perangai Nia, pantang mengalah. Izat hanya mendiamkan diri sambil tersenyum, dia sudah masak dengan perangai Nia. Semakin di layan, semakin menjadi-jadi.

“Dahlah tu, jom masuk, kau nak bergaduh tunggu luar,” Nia terus melangkah ke dalam rumah rumah dengan mulut yang muncung. Zana hanya tersenyum, Izat menggelengkn kepalanya.

“Jemputlah, duduk . Aku pergi dapur sekejap,” Zana terus menuju ke dapur. Nia segera mancapai majalah yang berada di atas meja. Muncul pula Azhan dan Arif dari belakang berlari-lari menuju ke pintu utama. Biasanya waktu begini Azhan membasuh basikal kesayangannya manakala Arif hanya memerhatikan abangnya melakukan kerja rutinnya.

“Nia, budak-budak tu adik Zana ke?” tanya Izat. Nia menoleh ke arah budak-budak yang dimaksudkan oleh Izat. Nia mengganguk.

“Seorang namanya Azhan, yang rendah sikit tu, nama dia Arif, adik Zana yang bongsu,” kata Nia panjang lebar. Izat mengganguk tanda faham. Zana muncul dari dapur
Sambil membawa dulang berisi air dan kek coklat.

“Jemputlah makan, jangan malu-malu, ni ibu aku buat, khas untuk Nia dengan Izat,” kata Zana sambil tersenyum.

“Terima kasih, saya makan dulu,” kata Nia sambil mencapai kek coklat. Izat perlahan-lahan mengambil gelas.

“Apa kita nak buat petang ni, Nia?” tanya Zana. Nia berfikir sebentar. Tiba-tiba, muncul idea nakal.

“Apa kata kita main badminton, Zana lawan Izat,” cadang Nia. Hampir tersembur air yang di minum Izat. Zana dan Nia menoleh ke arahnya. Zana segera menghulurkan sehelai tisu kepadanya, segera pula di sambutnya.

3 comments:

izat said...

amboiii , memandai jeq gne nme sy ..., xp yg pntng skali , awk pandai !!! perfect gurl , nice work n good ..... ape-ape hal ..........., thanx

Azma said...

thank for the comment

akim said...

qdqf