KISAHKU
EPISOD 1
“Jumpa nanti dekat sekolah minggu depan,” kata Nia. Zana hanya mengangguk. Izat dan Nia terus bergerak ke kereta. Ayah Nia sudah awal-awal lagi berada di dalam kereta.
“Bye, Nia,” kata Zana sambil melambai tangannya. Izat sempat menoleh ke arah Zana. Zana tersenyum kepadanya. Izat membalas semyuman Zana.
“Izat, ha...,” belum sempat Zana menghabiskan kata-katanya, kepala Izat sudah terhantuk di tembok. Nia ketawa terbahak-bahak. Zana hanya tersenyum tipis. Ingin digelakkan rasa tidak sampai hati muncul di benaknya.
“Lain kali jalan tengok depan, bukan tengok Zana,” sinis sindiran Nia kepada Izat. Izat masih mengurut-urut kepalanya yang sakit. Merah mukanya mengenangkan peristiwa tadi, perasaan malunya menebal.
“Awak tak apa-apa ke?” tanya Zana yang datang menghampiri Izat. Izat menggeleng sambil tersenyum manis.
“Jangan dilayan, itu tektik baru dia untuk pikat perempuan,” kata Nia selamba. Sekali lagi Zana tersenyum. Izat sempat menyepak kaki Nia. Nia mengaduh.
“Itulah, mulut jahat sangat, kan dah kena dengan aku?” jawab Izat selamba. Nia memuncungkan muka sebelum masuk ke dalam kereta.
“Cepat sikit, kalau nak bercinta, kau duduklah kat sini, balik sendiri,” kata Nia melepaskan geram. Ibu Zana berdehem. Zana dan Izat berpandangan sesama sendiri.
“Awak ni betul ke tak apa-apa?” tanya Zana lagi.
“Betul saya tak apa-apa, awak saya balik dulu ya,” kata Izat sebelum melangkah ke kereta. Zana melambaikan tangannya. Izat dan Nia membalas.
“Ramainya peminat anak ibu ni,” kata ibu Zana, hanya tersenyum tipis. Sindiran atau pujian, dia sendiri tidak pasti.
“Mak rehat ajelah, biar Zana tolong kemaskan depan ni,” kata Zana. Ibunya hanya tersenyum sebelum melangkah naik ke atas. Zana terfikir kembali peristiwa tadi, segalanya bagaikan mimpi.
************************************************
Selepas solat Isyak, Zana terus berjalan ke bilik adiknya. Selalu sebelum tidur, dia akan berbual-bual dengan adiknya dan menulis luahan hatinya di dalam diarinya.
“Kak Zana, nanti boleh ajar Azhan macam mana nak jadi pemain badminton yang hebat macam Kak Zana?” tanya Azhan. Zana mengangguk tanda setuju.
“Afiq ingat lagi macam mana Kak Zana bergaduh dengan kawan Afiq, waktu tu Kak Zana nak lawan budak yang buli Afiq, hebat betul Kak Zana waktu tu, Akak tolak dia sampai jatuh,” kata Afiq sambil berguling-guling di atas katilnya. Selalunya mereka akan berkumpul di bilik Zana kerana kata adik-adiknya, bilik Zanalah yang paling bersih tetapi ada kalanya mereka berkumpul berkumpul di bilik Afiq kerana ruangannya lebuh besar.
“Waktu tu Kak Zana darjah enam, sekarang ni kan Kak Zana dah nak naik tingkatan dua tahun depan, mesti jadi seorang anak dara yang sopan,” kata Zana.
“Alah, tak bestlah macam ni, Kak Zana dah tak rock macam dulu,” keluh Azhan sambil memeluk bantal busuknya.
“Luaran saja sopan, dalam hati masih rock dan ganas macam dulu,” kata Zana. Adik-adik Zana ketawa keriangan. Hubungan Zana dan adik-adiknya sungguh rapat seperti best friend.
“Zana, Afiq, Azhan, pergi masuk tidur,” ibu Zana tiba-tiba muncul dari pintu.
“Zana masuk tidur dulu, bu,” kata Zana sambil bersalaman dengan ibunya. Dia terus melangkah amsuk ke dalam biliknya. Segera dicapainya diari yang tersembunyi, yang menyimpan segala rahsianya.
“Dear Diary, saya nak bercerita dengan awak,” kata Zana sambil mencapai sebatang pen biru.
29 Disember
10.15 malam
Atas katil
Dear diary,
Perasaan ni rasanya berbaur sebab gembira dan juga risau, mungkin sebab sekolah akan dibuka lagi seminggu. Berdebarnya perasaan ni, tak dapat digambarkan bagaimana? Petang tadi juga, Nia ada kenalkan seorang rakan baru. Pada pendapat saya, dia seorang yang penyayang, caring, kacak juga. Jangan-jangan dah muncul pe.....
Harap-harap dijauhkan. Diari, saya rasa seronok dapat lawan yang setanding dan sejiwa dengan saya. Seronok perlawanan tadi, rasa macam mimpi bila boleh kalahkan budak lelaki, tak sangka jadi kenyataan. Alhamdulillah.
Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan Izat, Nia, Adi, dan Zul. Rasa seronok dah muncul dalam hati. Tak sabar rasanya nak memulakan pembelajaran.
Alamak, ibu dah suruh tidur. Saya undur diri dulu, diary
Wassalam
Zana terus menutup diarinya dan bersedia untuk tidur. Dia segera menutup lampu dan akhirnya lena dalam mimpi indah.
Thursday, April 8, 2010
Episod 1 - Bahagian 4
Posted by Azma at 10:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment