Blogger Templates

Thursday, May 13, 2010

Episod 3 - Bahagian 1

KISAHKU
EPISOD 3

“Zana, Adi! tunggulah aku,” jerit Nia dari belakang. Tercunggap-cunggap dia mengejar Zana dan Adi.

“Kau ni macam Puteri Gunung Ledanglah, lambat,” sindir Adi. Nia hanya tersengih. Terbit pula di fikiran Zana untuk mengusik Nia.

“Dah puas merenung muka Zul dekat kelas tadi,” usik Zana. Nia memukul lengan Zana tetapi Zana sempat mengelak.

“Macam budak-budak,” keluh Adi sebelum meninggalkan Zana dan Nia dibelakang. Zana dan Nia segera mengejar Adi. Tanpa disegajakan, Zana terlanggar seorang budak lelaki.

“Maaf,” kata Zana dengan cepat. Dari pula datang budak lelaki ni, detik hati Nia pula. Adi hanya memandang tajam ke arah budak lelaki itu.

“Tak apa,” jawab budak lelaki itu sebelum berlalu pergi. Dia sempat menoleh dan memandang Zana hingga Zana hilang dari pandangannya.

She is mine,” katanya di dalam hati sebelum berlalu pergi.

************************************

“Lambatnya turun,” Zana hanya tersenyum. Adi segera meminum air yang dibelinya tadi untuk menghilangkan dahaga.

“Nia ni, lambat sangat macam kura-kura, eh tak macam siput H1N1,” kata Adi. Nia sudah mula menarik muka. Izat dan Zana hanya tergelak.

“Ada juga istilah tu ya,” kata Zana sebelum menyambung ketawanya. Nia mencubit lengan Zana. Izat hanya menggeleng.

Be creative, okay,” kata Adi pula. Tiba-tiba, Iz muncul dari belakang. Dia terus duduk di sebelah Izat. Zana, Nia dan Izat saling berpandangan sesama sendiri. Risau Adi dan Iz akan bergaduh lagi.

“Adi, aku nak minta maaf pasal hal tu, aku tak sengaja, maafkan aku,” Adi hanya mengganguk.

“Aku dah tak kisah pasal hal tu,” kata Adi selamba sambil menyedut air kotak yang baru dibelinya tadi. Zana, Nia dan Izat menarik nafas lega, hilang beban mereka untuk seketika.

“Baguslah kalau macam tu, lepas ni gaduh lagi, bestlah gaduh dengan kau,” kata Iz. Adi hanya tersenyum sinis. Zana, Izat dan Nia berpandangan sesama mereka.

“Kita semua nak kau berdua berbaik-baik, jadi sahabat, bukannya bergaduh,” Nia melepaskan geramnya.

“Aku tahulah,” kata Adi dan Iz serentak. Nia hanya menggelengkan kepala. Mereka bersikap seperti kebudak-budakan untuk seketika.

Hello, guys,” Zul tiba-tiba muncul dari belakang. Nia melarikan wajahnya. Zana hanya tersenyum.

“Bagi salam pun tidak, ini ke ciri-ciri jejaka idaman...,” sebelum sempat Adi meneruskan kata-katanya, Zana menyiku lengan Adi. Bulat matanya memandang Adi menandakan dia menyuruh Adi diam.

“Yalah, aku bagi salam, assalamualaikum dan aku nak tanya, aku ni jejaka idaman siapa?” kata Zul sambil matanya terarah ke Nia. Nia tidak berani mendonggak, dia menjadi kaku untuk seketika.

“Orang utan,” jawab Adi selamba. Merah padam muka Zul. Nia pula menahan dirinya daripada ketawa, risau Zul berkecil hati. Zana hanya menggeleng. Tak habis-habis dengan loyar buruk kau ni Adi, detik hati Zana.

“Kau ni, aku tahulah aku ni tak sekacak mana tapi aku tak layak untuk dipadankan dengan orang utan,” kata Zul menyindir Adi.

“Sudahlah tu, Zul apa yang nak cakap tadi?” tanya Zana yang tidak mahu tercetusnya pergaduhan.

I want you guys to join my group for history presentation,” kata Zul. satu kumpulan dengan dia, matilah aku, detik hati Nia.

“Nantilah aku, Nia dan Adi fikir dulu, okay. Nanti bincang dekat kelas,” kata Nia. Dia perasan dengan perubahan Nia yang mendadak.

Okay, see you guys at the class,bye," kata Zul sebelum melangkah pergi.

“Kau, kalau nak diam dan tersipu-sipu malu, tak payah nak tunjuk ketara sangat,” kata Adi. Iz dan Izat terpingga-pingga.

“Siapa yang tersipu-sipu?” tanya Iz. Izat hanya mendengar sambil menanti jawapan.

“Kau tak payah nak sibuk boleh tak?” kata Adi. Iz mendengus tanda protes.

“Suka hati akulah, kau ni nak marah aku, apasal pula?” adi dan Iz sudah mula menunjukkan yang mereka bakal bergaduh.

“Kau berdua ni, tak habis-habis. Aku kahwinkan baru tahu,” kata Izat.

“Tak ingin aku nak kahwin dengan dia, lainlah kalau perempuan yang comel macam Zana, kalau macam Adi ni, muka bengis macam singa jawabnya bini keempat aku,” jawab Iz selamba.

“Aku pun lagi tak ingin nak kahwin dengan kau. Muka macam beruk, ada hati nak ambil aku jadi bini keempat kau, walaupun kau lelaki melayu terakhir, tak ingin aku!” kata Adi yang tidak mahu mengalah. Zana dan Nia saling berpandangan.

“Kau berdua ni sebenarnya nak tapi buat-buat tak nak sajakan,” usik Izat. Iz memandang tajam ke arah Izat. Izat pula segera membuka langkah seribu. Iz segera mengejar. Meraka berlari hingga hilang dari pandangan.

“Woi, ni siapa nak kemas ni?” jerit Nia dari jauh.

“Buang masa saja kau jerit, dia orang dah sebatu berlari dari sini, mana nak dengar,” kata Zana. Adi terus berjalan menuju ke kelas. Zana dan Nia mengekori Adi dari belakang selepas selasai mengemas meja yamg bersepah tadi.

*************************************

“Hai, Zana. Lama tak jumpa kau,” Rina tiba-tiba muncul di depan Zana. Buku yang dibaca oleh Zana disentap olehnya.

“Kau ni ape kes, kacau orang saja kerjanya, tahulah kau tu tak menarik, jadi kau tak payah nak menarik perhatian orang pula,” kata Adi. Zana menarik lengan, nia juga menghalang Adi dari mendekati Rina. Sha hanya ada di belakang Rina. Terdiam disitu.

“Aku sebenarnya tak rajin nak buang masa aku dengan bertanya dengan kau berdua, tapi aku cuma nak tahu saja, aku dengar budak lelaki tingkatan tiga yang kacak tu jiran kau, betul ke?” tanya Rina dengan nada yang menjelekkan.

“Kau sibuk nak tahu kenapa? Perempuan miang macam kau ni lah yang menjatuhkan maruah budak perempuan kau tahu tak, kau ingat dia tu nak ke dengan perempuan macam kau ni,” kata Nia.

“Mulut kau tu jaga sikit, aku ni lagi cantik dari kawan kau, Zana tu, cakap dengan dia, sebelum dia dapat jiran kau tu, aku akan dapatkan dia dulu,” kata Rina dengan penuh yakin.

“Oh ya ke? Ada aku tanya,” kata Zana sambil menjongketkan keningnya. Rina sendiri terdiam.

“Kalau dah namanya gila, tak payah nak tunjuk kegilaan kau tu dekat depan aku, aku dah bosan, muak, tak ada kerja lain ke, kalau nak kata pandai, kau ni sedang-sedang, apa yang boleh dibanggakan dengan kau ni?” kata-kata itu meluncur laju dari mulut Zana. Rina yang membara kemarahannya di dalam hatinya terus berlalu pergi.

Sha hanya mengikutinya dari berlakang. Tidak sampai setapak Sha melangkah, Rina menonjol kepalanya. Zana hanya memandang sayu, dia tahu Sha seorang gadis yang baik.

6 comments:

Azim said...

makin best jek....
tp siape bdk laki tu???
nak tau, cepat smbung tau
SWEET GIRL>>>>xp

Azma said...

thanx 4 the comment
ok2 nanti sye sambung
"budak lelaki tu siapa"
tunggulah sambungannye....
^v^

Azim said...

sye dh tau
siapa bdk lelaki tu
thank coz bg hint...
:p

Azma said...

awk senantiasa begitu
welcome...^v^

syathirah saperi said...

bez ah...
cpt2 ea wt smbgnnye..
hehhe...

Azma said...

ok syatirah,
^_^