KISAHKU
EPISOD 1
“Awak okay tak?” tanya Zana sambil melihat ke arah Izat. Izat hanya mengangguk. Nia ketawa mengkekek. Izat mendengus tanda geram dengan sikap Nia. Zana hanya diam.
“Okaykan idea aku?” tanya Nia. Zana mengeluh. Izat merenung tajam ke arah Nia. Nia hanya tersenyum.
“Takkan kau takut, Izat?” Nia mengusik lagi. Zana dan Izat saling berpandangan. Pandangan Izat kembali semula ke wajah Nia.
“Aku tak kisah, awak nak lawan badminton ke, Zana?” tanya Izat. Zana dan Nia saling berpandangan. Nia menganguk memberi isyarat supaya Zana mahu berlawan dengan Izat. Pandangan Zana kembali semula ke arah Izat.
“Saya ikut saja,” jawab Zana pendek. Zana terus mengambil segelas air yang ada di hadapannya untuk menghilangkan dahaga. Pening kepala mengenangkan sikap Nia yang semakin menjadi-jadi. Idea nakal muncul lagi di minda Nia.
“Kalau dua-dua dah setuju, jom kita kahwin,” usik Nia lagi. Hampir tersembur air yang ada di mulut Zana. Kali ini, Izat pula yang menghulurkan tisu kepadanya. Merah muka Zana, malu dengan reaksinya tadi. Zana segera mengelap mulutnya.
“Nia, kalau aku sembur air ni dekat kau, bagus juga, biar kau diam sikit,” Zana mendengus keras. Nia ketawa dengan galak. Izat hanya diam, mahu menegur, takut pula tercetus pergaduhan.
“Maaflah, Zana. Aku gurau aje, jangan marah, nanti cepat tua,” kat Nia meredakan kemarahan Zana. Zana terus bangun.
“Kalau macam ni, Nia, lebih kalau kau lawan dengan aku dan Izat, dua lawan satu, setuju,?” Nia diam, berkerut mukanya, kecut perutnya. Dua lawan satu. Sudah tentu dia kalah teruk. Dia tahu Zana dan Izat memang handal bermain badminton malah pernah mewakili sekolah dalam pertandingan peringat sekolah.
“Zana, kau bergurau ajekan, kau tak niat pun kan,” mengelabah Nia untuk seketika. Zana mengenyit mata ke arah Izat, Izat hanya tersenyum, kelakar pula melihat babak ini. Menurut pandangannya, Zana memang layak berlakon teater, lakonannya sungguh berkesan. Tidak lama kemudian, Zana berderai ketawa. Nia sudah tahu yang dia tertipu.
“Kau ni jahatlah Zana,” Nia menarik muka masam. Zana masih belum berhenti ketawa. Nia terus mengejar Zana, rasa hendak memukul Zana yang pandai bermain muka. Zana segera berlari menjauhi Nia. Mereka berkejar-kejaran seperti budak kecil bermain. Izat akhirnya tergelak sama melihat gelagat mereka.
“Kalau asyik main kejar-kejar, macam mana nak main badminton, kalau macam ni main kejar-kejar aje ya,” kali ini giliran Izat pula mengusik. Dia terus mencapai majalah yang berada di hadapannya dan terus mula membaca. Zana dan Nia duduk di sofa semual.
“Relakslah, Izat. Kalau kau nak tahu aku dengan Zana memang macam ni, suka bergurau, betul tak, Zana?” pandangan Nia beralih ke arah Zana. Zana hanya mengangguk. Suasana hening seketika. Kini giliran Izat pula berbicara.
“Bila nak mula main, nanti dah petang sangat, lambat balik, nanti mak aku pula marah,” kata Izat. Zana terus bangun dari tempat duduknya.
“Saya pergi ambil raket dengan bulu tangkis dulu, awak dengan Nia ada bawa raket sendiri ke?” tanya Zana. Izat bangun.
“Saya ada bawa, Nia yang pesan suruh bawa, tak tahu pula dia ada idea nakal,” kata Izat sambil memandang ke arah Nia.
“Biasalah, Nia. Penuh dengan idea yang nakal,” Zana dan Izat hanya tersenyum. Di dalam hati, Zana mengiakannya. Dia segera ke biliknya untuk mengambil raket. Nia dan Izat sudah bersedia di luar. Mereka membuat renggangan besama-sama. Afiq, Azhan dan Arif sudah berada di luar untuk menyaksikan perlawanan sengit ini.
“Markah sampai 15, bolehkan?” cadang Izat.
“Boleh, saya tak kisah,” jawab Zana. Mereka mula mengambil tempat. Nia memulakan undian. Setelah diundi, Zana akan memulakan servis. Setelah memulakan servis, masing-masing berbalas pukulan. Akhirnya pukulan mati di gelanggang Izat. Izat kini memulakan pukulan.
Setelah beberapa minit berlalu, keputusan seri 14-14. Zana dan Izat masih teguh berdiri di gelanggang. Nia sendiri tidak dapat mengagak siapa yang bakal menang. Menurutnya, mungkin Izat yang menang kerana Izat lelaki dan Zana perempuan. Apabila difikirkan semula, alasan itu tidak munasabah pula kerana Zana tidak kurang hebatnya.
Akhirnya, dia memutuskan untuk melihat dan menunggu. Perlawanan masih sengit. Kelihatan Zana sudah mula tercunggap-cunggap. Izat masih lagi bertenaga walaupun selepas setengah jam bermain.
Pukulan masih berbalas. Dengan segera, Zana terus melakukan smash. Izat terus bertindak tetapi kakinya tersandung sesuatu lalu jatuh. Akhirnya, bola tangkis itu jatuh tanpa sempat di pukul oleh Izat. Zana dan Nia terus berlari mendapatkan Izat.
“Tahniah, awak menang,” kata Izat kepada Zana. Zana terpaku seketika, kemudian dia tersenyum.
“Sempat lagi tu nak mengurat, ni kaki sakit tak,” kat Nia. Zana ketawa kecil. Merona merah muka Izat.
“Mana ada mengurat, ucap tahniah pun salah ke?” geram juga Izat dengan sikap Nia yang terlalu suka mengusik.
“Ada-ada sajalah kau ni, Nia. Kaki awak okay tak, kalau tak saya suruh Afiq tolong papahkan masuk dalam rumah,” kata Zana. Izat diam seketika, dia mengurut-urut kakinya.
“Saya rasa terseliuh saja, mungkin boleh jalan agaknya,” kata Izat. Afiq, Azhan dan Arif yang dari tadi sibuk bermain bola segera mengerumuni Izat.
“Abang Izat kenapa?” tanya Afiq. Izat mengangkat mukanya, kelihatan mukanya berkerut. Mungkin kerana menahan sakit.
“Siapa yang menang?” terpancul soalan itu dari mulut Azhan. Zana dan Izat saling berpandangan. Segera pandangan matanya dilarikan. Azhan masih dalam tanda tanya.
“Kakak Azhan yang menang,” jawab Nia ringkas. Azhan dan Arif terlompat-lompat kerana gembira. Akhirnya, mereka sama-sama tergelak. Afiq segera memapah Izat ke dalam rumah. Perlahan-lahan Izat duduk.
“Saya ambil ais dekat dapur sekejab,” kata Zana terus berlari ke belakang. Bayangnya hilang sebentar sebelum datang semula dan diikuti oleh ibu Zana di belakangnya. Muka ibu Zana jelas menunjukan yang dia risau.
“Kamu tak apa-apa, Izat. Kakinya okay tak, biar mak cik tengok,” ibu Zana segera memeriksa kaki Izat. Muka Izat berkerut, mungkin menahan sakit. Ibu Zana tersenyum tipis.
“Terseliuh aje, tak serius sangat, Zana tolong letakkan ais ya,” ibu Zana tersenyum sebelum berlalu ke belakang. Zana terus meletakan ais perlahan-lahan di kaki Izat. Sesekali Izat mengaduh.
“Ingatkan macho sangat, rupanya tak,” kata Nia. Dia terus berlalu pergi. Afiq, Azhan dan Arif terus berlari keluar dari rumah untuk sambung bermain.
“Sakit lagi ke?” tanya Zana. Izat menggelengkan kepalanya. Dia hanya memberikan senyuman.
Friday, March 26, 2010
Episod 1 - Bahagian 2
Posted by Azma at 9:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



4 comments:
thank, cite ni memang best
sambung agi tau
sweet girl... :)
thank for the comment
and thank for the idea
Izat dh mula ske pd Zana ke?
agaknya kot
he3
Post a Comment