KISAHKU
EPISOD 3
“Kau ni langsung tak sokong aku, dasar kawan tak guna,” marah Rina. Adi sudah mengepal penumbuknya. Zana memegang bahu Adi, Adi perlahan-lahan melepaskan kemarahannya.
“Eee... geramnya aku, dia ingat Izat tu akan terpikat dengan perempuan yang tak ada maruah macam dia tu, tolonglah jangan nak perasan,” kata Nia melepaskan geram.
“Biarkan sajalah, Nia. Kalau kau marah-marah pun tak ada gunanya, kau juga yang sakit hati nanti,” nasihat Zana.
“Kalau kau tak halang aku tadi, aku rasa dia dah dekat hospital sekarang ni, mulut dia tu, aku cili pun bagus juga, kenapalah dia tu kurang ajar sangat,” kata Adi pula. Zana menarik nafas perlahan-lahan. Rasa gelap dunia ini.
“Sudahlah, jangan fikir lagi pasal hal ni, jom pergi kantin, nanti Izat tertunggu-tunggu kau pula, kau balik saing dia kan?” kata Zana lembut.
“Kau jangan bagi muka dengan minah gatal tu, kau ni pun satu, baik sangat,” kata Adi.
“Woi, ayat tadi yang Zana cakap pun dah dikira powerlah tu, kau nak yang macam mana lagi?” tanya Nia.
“Aku kesian tengok Sha tu, aku tak rasa dia gembira bila dia berkawan dengan Rina, aku rasa Rina cuma baik dengan Sha bila dia susah saja, kalau senang, mesti dia lupakan Sha,” kata Zana.
“Betul juga apa yang kau cakap, Sha tu dah macam pak turut saja, kalau aku jadi Sha, dah lama aku cari kawan lain,” kata Nia pula.
“Aku rasa kalau aku jadi Sha, sekarang ni juga cikgu terpaksa panggil ambulans,” kata Adi.
“Kenapa pula?” tanya Nia.
“Sebab kalau aku jadi Sha, aku dah belasah dia tadi, sampai dia ting tong,” kata Adi. Zana dan Nia saling berpandangan.
“Ganas betul kau, nak kena buang sekolah ke?” tanya Nia. Adi memandang tajam ke arah Nia.
“Aku kan hampir dibuang sekolah, kau tak ingat ke?” kata Adi sebelum berlalu pergi.
“Kau ni, Nia. Janganlah ungkit perkara yang melibatkan buang sekolah,” kata Zana dengan lembut.
“Aku bergurau saja, aku tak ada niat pun,” kata Nia.
“Aku nak pergi minta maaflah,” kata Nia sambil berlari mendapatkan Adi. Zana hanya berdiri disitu sambil memerhati kawan-kawannya.
“Awak ni Zanakan?” seorang budak lelaki menyapanya. Bukan ke budak lelaki ni budak lelaki yang terlanggar aku tadi, detik hati Zana.
“Ya, saya. Ada apa?” tanya Zana. Budak lelaki itu tersenyum manis.
“Saya Rizal, dah lama saya perhatikan awak, awak ni comelkan,” Rizal menuturkan kata-kata yang manis sambil menghulukan tangannya sebagai tanda perkenalan.
“Awak dengan saya bukan muhrim, macam mana boleh pegang tangan,” balas Zana dengan nada yang sedikit keras. Budak ni kenapa, detik hati Zana.
“Sorry, saya tak tahu awak ni jenis yang macam ni,” kata Riz. Sorry, naik lori, detik hati Zana. Adi dan Nia memerhatikan mereka dari jauh.
“Budak tu nak apa dari Zana?” tanya Nia kepada Adi.
“Manalah aku tahu, kau pergilah tanya budak lelaki tu,” kata Adi pula.
“Betul juga cakap kau tu,” kata Nia yang tersengih-sengih seperti kera busuk. Nia terus berjalan mendekati Zana dan Riz.
“Boleh tumpang tanya tak, awak nak apa dari kawan saya?” tanya Nia. Riz melempatkan senyuman yang manis.
“Saya nak ajak dia couple dengan saya. Bolehkan, Zana? Saya dah lama perhatikan awak dan saya akui saya suka dengan awak,” naik bulu roma Zana serta-merta, dia terasa seperti ingin lari saja tetapi kaki yang tidak mampu untuk bergerak.
“Dan awak pasti ke yang Zana pun suka awak?” tanya Nia. Kata hatinya benar-benar mengatakan bahawa lelaki ini tidak layak untuk Zana.
“Tak apa, saya bagi masa pada awak untuk berfikir,” kata Riz sebelum berlalu pergi. Adi terus menghampiri mereka.
“Budak lelaki tu nak free kick aku ke? Gatal sangat, dia ingat dia tu bagus sangat, dahlah pelajar bermasalah,” kata Adi.
“Mana kau tahu dia pelajar bermasalah?” tanya Nia pula. Adi mendengus keras.
“Geng aku ramailah, petik jari saja aku dah boleh tahu dia tu siapa,” jawab Adi.
“Zana, macam mana ni, aku rasa kau patut tolak dia, daripada kau couple dengan dia lebih baik kau couple dengan Izat,” kata Nia. Zana memandang ke arah Nia.
“Aku memang tak akan couple dengan dia sebab aku tak nak couple dengan mana-mana budak lelaki,” jawab Zana dengan tegas.
“Same with me,” kata Adi pula.
“Aku tak tanya pun,” kata Nia.
“Kau ni,”
“Sudahlah, aku nak jalan, ke tepi,” Zana terus berlalu pergi. Dia sendiri berkonflik dengan perasaannya. Siapa budak lelaki tu, detik hatinya.
“Zana, tunggulah aku,” jerit Nia. Dia akhirnya berlari-lari mendapat Zana, Zana sendiri sudah melangkah jauh, seperti ingin meninnggalkan beban di atas kepalanya.
***************************
“Awak seorang saja ke? Mana Nia dengan Adi,” tanya Izat. Dia terus duduk bertentangan dengan Zana. Zana hanya tersenyum.
“Mereka berdua ada dekat kelas, waktu freetime ni, saya nak ambil angin sekejab, nak hilangkan masalah yang baru muncul tadi,” jawab Zana.
“Awak tadi ceria saja, tak akanlah sekarang masam pula, tak comel nanti,” usik Izat. Zana tersenyum simpul.
“Ya ke?” tanya Zana, Izat hanya mengangguk.
“Kalau ada masalah, awak boleh kongsi dengan saya, tak perlu pendam seorang diri,” kata Izat. Zana menarik manarik nafas panjang.
“Awak tak kisah ke?” Izat menggeleng.
“Walaupun kes saya ni melibatkan hati dan perasaan?” tanya Zana lagi.
“Insya-Allah, saya akan cuba bantu,” jawab Izat. Berdebar juga hatinya ketika itu.
“Ada orang minta couple dengan saya dan ada seorang budak perempuan nak cuba tackle awak,” kata Zana dengan tenang. Hampir terbatuk-batuk Izat dibuatnya.
“Awak biar betul, Zana. Ada orang nak tackle saya!” jerit Izat.
“Tak kan saya nak tipu awak, betullah,” jawab Zana.
“Kenapa? Awak nak saya kenalkan dengan budak gedik tu ke?” tanya Zana.
“Tak nak, lebih bagus tak payah kenal langsung,” kata Izat sambil tersenyum.
“Kenapa pula macam tu?” tanya Zana.
“Sebab hati saya awak punya,” bisik Izat perlahan.
“Apa awak cakap?” tanya Zana. Izat hanya menggeleng.
“Tak ada, saya cakap...,” Izat mencari idea untuk menuntup kata-katanya tadi.
“Ah, saya cakap, sebab hati saya ni pelik,” apa aku cakap ni, bisik hati Izat. Zana tertawa kecil.
“Awak lagi pelik,” kata Zana.
“Nia pun cakap saya ni pelik, tapi saya gembira sebab dapat buat awak ketawa,” Zana tersenyum manis. Hatinya berlagu riang.
Thursday, May 20, 2010
Episod 3 - Bahagian 2
Posted by Azma at 11:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



4 comments:
yuhu...
cite ni makin mendebarkan
kan btul sye teka,
awk kena belanja sye ni...
hehehe, gurau2 je lOrh...
but, nice story... nanti sambung k....>SWEET GIRL..>_<
thanx,
sye x janji nk belanja awk ekh...
sye x leh nk sambung skarang
coz exam is near at the corner
so cuti sekolah nanti sye sambung k...>CUTE BOY(l0Rh..)
gurau jek..^_^
okokokok, dear....
sye tunggu jek...
GOOD LUCK IN YOUR EXAM...
WISH ME LUCK...:)
thanx,
and good luck...
^_^
Post a Comment